Monday, May 10, 2010

Maklumat Terkini Pameran Di Kuala Lumpur

Untuk makluman semua, pameran di Kuala Lumpur masih lagi dalam pengurusan pihak Meddiabiz. Buat masa sekarang CEO mediabiz sedang berurusan di Amerika Syarikat. Jadi pihaknya belum memutuskan untuk menetapkan tarikah yang sesuai pameran tersebut. Jadi, saya berharap pelukis akan bersabar dan menyiapkan karya sebaik mungkin. Kita berharap pameran tersebut akan berjalan sepertimana yang kita harapkan. Sebarang kesulitan saya mohon maaf.Insya Allah!

Tuesday, April 20, 2010

Makluman penting!!!

Kepada semua pelukis yang akan menyertai pameran di Kuala Lumpur nanti, sila hantar satu lukisan kepada admin (Mazeri Othman-SU PESENI) secepat mungkin untuk dimuat turun ke dalam laman blog PESENI. Karya yang dihantar hendaklah dilengkapan butiran berikut:

Pelukis:
Tajuk:
Media:
Ukuran:
Harga:

Berikut adalah contoh karya,











Pelukis: Deen
Tajuk: Puncak 1
Media: Cat Minyak
Ukuran: 24 x 28cm
Harga: RM1,800

Setiap pelukis dikehendaki meletakkan butiran berikut sebelum penghantaran karya ke pameran itu nanti.

Hantar karya anda sebelum 30hb Mei 2010 kepada email berikut yie_1974@yahoo.com. Harap maklum!

Surat Penangguhan Pameran oleh Mediabiz

Yang Di Pertuan,
Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI)
Lot 1142, Jalan Masjid Lama Tapang,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 0139355188 11 February 2010


Tuan,

PENUNDAAN TARIKH PAMERAN

Merujuk kepada perkara di atas, kami pihak Mediabiz Creative ingin memaklumkan kepada pihak Tuan bahawa ada penundaan bagi tarikh dan bulan pameran.

2. Setelah mengkaji keadaan persekitaran dan pasaran, kami mendapati bulan April adalah tidak berapa sesuai untuk diadakan pameran kerana terdapat beberapa acara besar yang akan berlangsung di Kuala Lumpur termasuklah Perlumbaan Formula Satu.

3. Dengan berlansungnya acara itu, pihak tapak yang dipilih untuk pameran juga agak keberatan untuk memberi ruang mereka untuk mengadakan pameran lukisan. Mereka memberi peluang kepada sukan permotoran untuk mengadakan pameran dan aktiviti yang berkaitan.

4. Oleh yang demikian kami mencadangkan untuk mengadakan pameran PESENI pada bulan Mei dan tarikhnya akan ditentukan kelak.

5. Kerjasama dari pihak PESENI dalam memahami situasi ini amat di hargai.

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Yusoff Iwasi
Mediabiz Creative

Nota: Mesyuarat terakhir pihak Mediabiz telah dibuat pada hari jumaat lepas, Insya Allah keputusan akan diketahui sedikit masa lagi. Apa yang pentingkan siapkan lukisan-lukisan anda!



Tajuk: Red Heliconia
Media: Cat Minyak
Harga: RM2,200
Pelukis: Mazeri Othman (Deen)

Saturday, January 9, 2010

Pameran PESENI di KL

Untuk makluman ahli PESENI, pameran yang dijangkakan di adakan pada April ini di Kuala Lumpur masih lagi berjalan seperti biasa. Pihak pengurusan iaitu Mediabiz masih lagi perlu beberapa perkra yang berkaitan. Diharap ahli-ahli tidak memanupilasi perkara ini kerana ia secara tidak langsung akan menjejaskan nama baik persatuan. Insya Allah, pameran tersebut akan berjalan sepertimana yang kita harapkan.

Friday, November 20, 2009

Info Kelantan Art Exhibition di Kuala Lumpur

Format:
1. Mengadakan pameran seni lukis secara terus
2. Sebahagian lukisan dijual secara bida
3. Pameran selama 3 hari
Jumlah Lukisan: 100 (minimum)
Harga lukisan: RM1,200 (bergantung kepada pelukis)
Tema: Kelantan Tanah Sekebun Bunga
Lokasi: Bangsar Village, Kuala Lumpur
Penaung: Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Penaja: Yayasan Al-Bukhary, Petronas, Sime Darby Berhad, Proton Holding Berhad, KFC
Lain-lain penaja: Carrefour, Bangsar Shopping Complex, Bangsar Village, The Garden, Mid Valley,
Delicious Restaurant.
Acara: Perasmian: Dato Mustapha Mohamad (Menteri MITI)
Acara lanjutan: Majlis Pelancaran Khas
Bidaan lukisan oleh badan korporat
Pameran selama 3 hari
Lukisan tidak terjual akan dipamer di restoran selama sebulan
Promosi: Sidang Media beebrapa minggu sebelum acara
Media cetak dan media eletronik
Pengurusan Kewangan/Perbelanjaan:
1. Hasil penajaan - 40% Mediabiz, 60% PESENI
2. Hasil jualan lukisan - 10% Mediabiz, 90% PESENI
3. Cenderahati - 70% Mediabiz, 30% PESENI
Pecahan Hasil anggaran RM552,500.00
1. 60% disalurkan kepada PESENI & Badan Kebajikan - RM331,500.00
2. 40% diperuntukan untuk Mediabiz - RM221,000.00
Pecahan Hasil Jualan Lukisan anggaran RM120,000.00
1. 90% disalurkan kepada PESENI & Badan Kebajikan - RM120,000.00
2. 10% disalurkan kepada Mediabiz - RM12,000.00
Pecahan Hasil Cenderahati anggaran RM10,000.00
1. 30% disalurkan kepada PESENI & Badan Kebajikan - RM3,000.00
2. 70% disalurkan kepada Mediabiz - RM7,000.00
Pendapatan PESENI & Badan Kebajikan
1. Penajaan 60% - RM331,000.00
2. Lukisan 90% - RM108,000.00
3. Cenderahati 30% - RM3,000.00
Nota Khas:
~Satu kontrak/perjanjian di antara Mediabiz dan PESENI akan dimeterai.
~Medaibiz sebagai pengurus keseluruhan program dan mengawal segala bentuk kewangan.
~Wang penajaan akan disalurkan kepada Mediabiz untuk perbelanjaan program
~Hasil pendapatan selepas perbelanjaan akan disalurkan kepada PESENI sepertimana mengikut
perjanjian awal.

~ Harap Maklum ~

Ahli PESENI melawat Heritage Art Gallery

Heritage Art Gallery dikunjungi oleh beberapa orang ahli PESENI sebagai satu usaha mengeratkan silaturahhim di kalangan ahli. Pemilik Heritage Art Gallery ialah Mazeri Othman @ dikenali juga sebagai Deen. Heritage Art Gallery berasa amat bertuah kerana dikunjungi oleh antara pelukis hebat di negeri Kelantan. Dari kanan Zaidi, Mazuki, Hisyam, Imanordin, Deen dan si kecil Hadif.

Sunday, November 15, 2009

Pertemuan pertama PESENI & Mediabiz


Pada 14hb November 2009 merupakan detik bersejarah kepada PESENI dan pastinya memberikan suatu nafas baru kepada pelukis-pelukis negeri Kelantan yang begitu dahagakan perubahan. Apa tidaknya PESENI hanya bersandarkan beberapa aktiviti tahunan di dalam negeri sedangkan jauh disudut hati pelukis untuk mengembangkan lagi bakat mereka bukan hanya di Kelantan malah di seluruh Malaysia, dan tidak mustahil terbang jauh ke US sepertimana yang digambarkan. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan~terima kasih kepada Pak Zawi di atas usaha beliau mendapatkan lokasi tersebut.
Syukur Alhamdulillah, rombongan Puteri Kamaliah dan Mediabiz tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Rombongan dibawa bersarapan di sebuah restoran berhadapan dengan salah satu bangunan warisan di Kelantan iaitu Masjid Muhammadi iaitu masjid yang dibina sekitar tahun 1819.
Mesyuarat bermula pada pukul 10.30 pagi dengan jayanya. Saudara Hisham dengan yakin telah membentangkan kertas kerja yang telah disediakan di hadapan ahli-ahli PESENI yang hadir pada hari tu. Persembahan yang amat memberangsangkan dan beberapa persetujuan telah dibuat pada perjumpaan tersebut.
video
Mesyuarat berlangsung selama hampir 2 jam setengah dan rombongan di jamu dengan makan tengahari di restoran Cikgu Hamid di Perkampungan Kraftangan. Restoran ini cukup terkenal dengan masalah pelbagai jenis ikan keli dan ulam-ulaman. Nampaknya berselera mereka menikmati makan tengahari ala kampung.
Rombongan kemudian singgah sebentar di rumah Ismail Kadir antara pelukis terkenal di negeri Kelantan. Seterusnya rombongan bertolak ke Pasir Mas iaitu ke Heritage Villa, ke rumah Deen. Setelah berehat seketika di Heritage Villa, rombongan bertolak ke Kota Bharu dan tidak sah kalau tidak ke Pasar Buluh Kubu. Bagi peluang kat mereka..ehhe..seterusnya rombongan dihantar ke lapangan terbang untuk memulakan suatu perjalanan yang penuh harapan dari kami PESENI dan mudah-mudahan Mediabiz dan PESENI akan terus menjalinkan kerjasama pada masa-masa akan datang. Amin!