Tuesday, July 28, 2009

Sejarah Penubuhan PESENI

Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) telah ditubuhkan pada 19 Januari 1979. Mesyuarat Agung penubuhan PESENI telah diadakan di bilik mesyuarat Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu pada 28 Ogos 1978 (Isnin) pada pukul 3.00 petang. Seramai 33 orang termasuk pengerusi dan AJK penaja telah hadir ke mesyuarat tersebut.
AJK Pertama PESENI 1978/79
  • Pengerusi : Y.M. Tengku Ab Rahim B. Tg Zainal Abidin
  • N.Pengerusi : Yusoff B. Hj Abdullah
  • Setiausaha : Nik Ariff B Hj Nik Hassan
  • Benhadari : Nik Mahmood B Idris
  • AJK
Ismail B. Mat Hussin
Wan Ismail B. W. Jaafar
Nik Noorizan Bt. W. Ahmad
Salleh B. Mohd Akib
Mohamed B. Daud
Zakaria B. Abdullah
  • Pemeriksa kira-kira
Nik Din B. Nik Mustapha
Ab Ghani@Omar B. Yusoff
Tahniah kepada AJK pertama PESENI. Kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah, PESENI menghadiahkah ~Al-Fatihah~

Mesyuarat Agung PESENI yang pertama di adakan pada 28 November 1980, bertempat di Hotel Aman, Kota Bharu.

Mesyuarat AJK PESENI

Mesyuarat AJK PESENI akan diadakan pada 31 Julai 2009, Jumaat pada pukul 3.30 ptg di kediaman NYDP yang terletak di Paya Rambai, Jalan Bayam, Kota Bharu. Mesyuarat ini antara lain akan membincangkan beberapa perkara secara lebih terperinci selepas mesyuarat agung tempoh hari. Pada mesyuarat ini juga naib setiausaha akan memaklumkan satu perkara yang pastinya akan menggembirakan ahli-ahli PESENI. Insya Allah kita jumpa pada mesyuarat itu nanti. Petang ini mesyuarat berjalan lancar dan ahli-ahli PESENI nampaknya bersemangat untuk memajukan persatuan. Berikut ialah agenda mesyuarat:
  1. Ucapan Pengerusi - YDP mengalu-alukan kedatangan AJK ke mesyuarat pada hari ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli baru yang dilantik bagi tahun 2009/11. Ia merupakan satu amanat dan tanggungjawab untuk menerajui persatuan.
  2. Pelawaan kepada PESENI pameran lukisan di NSTP - pada dasarnya ahli bersetuju dengan pelawaan pihak Berita Harian, NSTP berkenaan pameran tersebut. PESENI memberikan tempoh 3 bulan iaitu pada November ini. Beberapa pertemuan perlu diaturkan dengan pihak NSTP sebelum pameran itu dapat dijalankan. PESENI berasa bangga dengan pelawaan tersebut.
  3. Bayaran saguhati mesyuarat - ahli sebukat suara untuk mengekalkan bayaran insentif sebanyak RM20.00 setiap kali mesyuarat di adakan.
  4. Aktiviti PESENI 2009/11
i) Pn Azizah mencadangkan agar aktiviti 'ourdoor' diteruskan
ii) En Lee mencadangkan agar ahli PESENI sentiasa diingatkan berkenaan aktiviti outdoor.
iii)Keputusan mesyuarat sebulat suara agar segala aktiviti PESENI dimaklumkan dengan
surat kepada ahli. Keputusan aktiviti outdoor dilakukan sebulan sekali iaitu pada hari
sabtu pertama dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
iv)Ismail Kadir memaklumkan hasratnya menjemput Awang Damit mengadakan bengkel
'abstrak' di Kelantan. Pada dasarnya pelukis itu setuju dan menggunakan Balai Senilukis
UMK sebagai lokasi bengkel tersebut.
v)YDP mencadangkan SU mendapatkan borang untuk mendapatkan perbelanjaan
pentadbiran di Taman Perbendaharaan Tg Anis.
vi)En Ayob mencadangkan pameran diadakan untuk menarik lebih ramai ahli.
vii)NYDP memaklumkan mengenai 'board' yang telah rosak dan perlu diperbaiki. YDP akan
mengambil tindakan tersebut. Manakala cadangan tempat menyimpan 'board' di
KEKKWA
viii)Mazeri mencadangkan agar mempelawa guru-guru seni untuk menyertai PESENI.
Tindakan menghantar surat tersebut dibawah tindakan SU.
ix)Mesyuarat memutuskan menggunakan blog http://pesenikel.blogspot.com/ sebagai
blog rasmi PESENI.
x)Mesyuarat juga memutuskan keahlian dibuka kepada warga Malaysia.
xi)NSU meminta ahli menghantar sekeping gambar, biodata serta satu karya untuk
dimuaturun ke dalam blog.
xii)NYDP memaklumkan aktiviti outdoor 2009 (sila rujuk Info di dalam blog)
xiiii)Mazeri mencadangkan borang keahlian borang dimuaturun dari blog PESENI.
5. Ucapan penangguhan - YDP membuat penangguhan mesyuarat pada masa yang akan
ditetapkan kelak. Mesyuarat AJK akan dijalankan 2 bulan sekali.

Sunday, July 26, 2009

PESENI menuju transformasi

PESENI sejak beberapa dekad yang lalu berpersatuan tanpa lokasi yang khusus. Sebaliknya mesyuarat persatuan telah diadakan di rumah-rumah ahli. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, pada mesyuarat 25 Julai 2009, Exco Kebudayaan telah berjanji menyediakan sebuah bangunan untuk PESENI dan sekaligus menjadi Balai Seni Lukis Kelantan. Jika benar bagai dikata, PESENI selepas ini akan lebih mantap dan benar-benar menuju transformasi. Bayangkan sebelumnya tidak ada satu pun lokasi khusus PESENI bagi tujuan berpersatuan, apatah lagi lokasi tetap untuk mempamerkan lukisan-lukisan ahli. Em..PESENI boleh tersenyum lebar. Apapun ahli-ahli PESENI perlu lebih berusaha dari aspek rohani dan jasmani kerana PESENI sekarang bukan lagi PESENI yang dulu. Harapan kita PESENI akan dikenali bukan sahaja di Kelantan, malah seluruh Malaysia dan pastinya di seluruh dunia. Dengan karya-karya PESENI bertaraf dunia, tidak mustahil PESENI akan dikenali oleh peminat-peminat seni lukis seluruh dunia. Pastinya negeri Kelantan akan menjadi pusat seni lukis negara dan bandar Kota Bharu terserlah sebagai bandar budaya. Sama-samalah kita jayakannya!

Monday, July 20, 2009

Pengenalan PESENI Kelantan

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) selepas ini disebut "Pertubuhan".








Matlamat/Tujuan:
  • Untuk mengembangkan kemajuan seni tampak yang merangkumi seni lukis, seni foto, senicetak, arca dan lain-lain.
  • Menggalakkan ahli-ahli menyertai segala kegiatan yang memberi faedah kepada ahli-ahli pertubuhan dan masyarakat.
  • Manasihat dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan atau piahk-pihak swasta dalam perkara yang berhubung dengan kepentingan seni tampak.
  • menarik perhatian masyarakat seluas-luasnya terhadap usaha dan peranan pertubuhan.
  • Memelihara dan menjaga kebajikan ahli-ahli dari segi rohani dan jasmani.
  • Menanam semangat kasih sayang dan taat setia kepada bangsa dan negara.
  • Berusaha dengan apacara yang halal dari segi undang-undang dan Perlambagaan negara untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.
  • Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan untuk tujuan memajukan pertubuhan ini.