Friday, November 20, 2009

Info Kelantan Art Exhibition di Kuala Lumpur

Format:
1. Mengadakan pameran seni lukis secara terus
2. Sebahagian lukisan dijual secara bida
3. Pameran selama 3 hari
Jumlah Lukisan: 100 (minimum)
Harga lukisan: RM1,200 (bergantung kepada pelukis)
Tema: Kelantan Tanah Sekebun Bunga
Lokasi: Bangsar Village, Kuala Lumpur
Penaung: Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Penaja: Yayasan Al-Bukhary, Petronas, Sime Darby Berhad, Proton Holding Berhad, KFC
Lain-lain penaja: Carrefour, Bangsar Shopping Complex, Bangsar Village, The Garden, Mid Valley,
Delicious Restaurant.
Acara: Perasmian: Dato Mustapha Mohamad (Menteri MITI)
Acara lanjutan: Majlis Pelancaran Khas
Bidaan lukisan oleh badan korporat
Pameran selama 3 hari
Lukisan tidak terjual akan dipamer di restoran selama sebulan
Promosi: Sidang Media beebrapa minggu sebelum acara
Media cetak dan media eletronik
Pengurusan Kewangan/Perbelanjaan:
1. Hasil penajaan - 40% Mediabiz, 60% PESENI
2. Hasil jualan lukisan - 10% Mediabiz, 90% PESENI
3. Cenderahati - 70% Mediabiz, 30% PESENI
Pecahan Hasil anggaran RM552,500.00
1. 60% disalurkan kepada PESENI & Badan Kebajikan - RM331,500.00
2. 40% diperuntukan untuk Mediabiz - RM221,000.00
Pecahan Hasil Jualan Lukisan anggaran RM120,000.00
1. 90% disalurkan kepada PESENI & Badan Kebajikan - RM120,000.00
2. 10% disalurkan kepada Mediabiz - RM12,000.00
Pecahan Hasil Cenderahati anggaran RM10,000.00
1. 30% disalurkan kepada PESENI & Badan Kebajikan - RM3,000.00
2. 70% disalurkan kepada Mediabiz - RM7,000.00
Pendapatan PESENI & Badan Kebajikan
1. Penajaan 60% - RM331,000.00
2. Lukisan 90% - RM108,000.00
3. Cenderahati 30% - RM3,000.00
Nota Khas:
~Satu kontrak/perjanjian di antara Mediabiz dan PESENI akan dimeterai.
~Medaibiz sebagai pengurus keseluruhan program dan mengawal segala bentuk kewangan.
~Wang penajaan akan disalurkan kepada Mediabiz untuk perbelanjaan program
~Hasil pendapatan selepas perbelanjaan akan disalurkan kepada PESENI sepertimana mengikut
perjanjian awal.

~ Harap Maklum ~

Ahli PESENI melawat Heritage Art Gallery

Heritage Art Gallery dikunjungi oleh beberapa orang ahli PESENI sebagai satu usaha mengeratkan silaturahhim di kalangan ahli. Pemilik Heritage Art Gallery ialah Mazeri Othman @ dikenali juga sebagai Deen. Heritage Art Gallery berasa amat bertuah kerana dikunjungi oleh antara pelukis hebat di negeri Kelantan. Dari kanan Zaidi, Mazuki, Hisyam, Imanordin, Deen dan si kecil Hadif.

Sunday, November 15, 2009

Pertemuan pertama PESENI & Mediabiz


Pada 14hb November 2009 merupakan detik bersejarah kepada PESENI dan pastinya memberikan suatu nafas baru kepada pelukis-pelukis negeri Kelantan yang begitu dahagakan perubahan. Apa tidaknya PESENI hanya bersandarkan beberapa aktiviti tahunan di dalam negeri sedangkan jauh disudut hati pelukis untuk mengembangkan lagi bakat mereka bukan hanya di Kelantan malah di seluruh Malaysia, dan tidak mustahil terbang jauh ke US sepertimana yang digambarkan. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan~terima kasih kepada Pak Zawi di atas usaha beliau mendapatkan lokasi tersebut.
Syukur Alhamdulillah, rombongan Puteri Kamaliah dan Mediabiz tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Rombongan dibawa bersarapan di sebuah restoran berhadapan dengan salah satu bangunan warisan di Kelantan iaitu Masjid Muhammadi iaitu masjid yang dibina sekitar tahun 1819.
Mesyuarat bermula pada pukul 10.30 pagi dengan jayanya. Saudara Hisham dengan yakin telah membentangkan kertas kerja yang telah disediakan di hadapan ahli-ahli PESENI yang hadir pada hari tu. Persembahan yang amat memberangsangkan dan beberapa persetujuan telah dibuat pada perjumpaan tersebut.
video
Mesyuarat berlangsung selama hampir 2 jam setengah dan rombongan di jamu dengan makan tengahari di restoran Cikgu Hamid di Perkampungan Kraftangan. Restoran ini cukup terkenal dengan masalah pelbagai jenis ikan keli dan ulam-ulaman. Nampaknya berselera mereka menikmati makan tengahari ala kampung.
Rombongan kemudian singgah sebentar di rumah Ismail Kadir antara pelukis terkenal di negeri Kelantan. Seterusnya rombongan bertolak ke Pasir Mas iaitu ke Heritage Villa, ke rumah Deen. Setelah berehat seketika di Heritage Villa, rombongan bertolak ke Kota Bharu dan tidak sah kalau tidak ke Pasar Buluh Kubu. Bagi peluang kat mereka..ehhe..seterusnya rombongan dihantar ke lapangan terbang untuk memulakan suatu perjalanan yang penuh harapan dari kami PESENI dan mudah-mudahan Mediabiz dan PESENI akan terus menjalinkan kerjasama pada masa-masa akan datang. Amin!

Tuesday, November 3, 2009

PESENI Ke Kuala Lumpur

PESENI telah pun bermesyuarat di kalangan AJK iaitu YDP, NYDP, SU dan NSU berkaitan dengan pameran lukisan yang akan dijalankan pada awal tahun hadapan. Perjumpaan tersebut telah di adakan di rumah NYDP. Pada perjumpaan itu juga Pak Zawi (kini ahli PESENI) merupakan antara individu yang mendapat maklumat awal berkaitan dengan pameran tersebut. Proposal yang disediakan oleh MediaBiz Sdn Bhd selaku syarikat yang menguruskan pameran tersebut telah pun dibentangkan di hadapan AJK dan beberapa perkara telah diputuskan. Antaranya:
  • PESENI bersetuju untuk bertemu dengan wakil penaja pada 14hb November 2009 (Sabtu). Lokasi perbincangan belum diputuskan, dan NSU iaitu Mazeri @ Deen akan mencadangkan lokasi itu diadakan di Heritage Art Gallery di Pasir Mas. Usul ini akan diajukan pada mesyuarat khas PESENI pada 7hb Nov ini iaitu pada hari Jumaat.
  • Tempoh masa pameran dicadangkan selama 3 hari. Peseni berpendapat tempoh tersebut terlalu singkat dan PESENI akan memaklumkan bahawa pihak pengurusan memanjangkan tenpoh tersebut kepada seminggu.
  • PESENI pada dasarnya bersetuju dengan pembahagian pendapatan hasil pameran itu nanti iaitu 60% kepada PESENI dan 40% kepada pihak pengurusan.
  • Satu badan kebajikan perlu dilibatkan di dalam pameran sebagai sebahagian daripada kerja amal PESENI. Jadi AJK akan menentukan mana-mana badan amal yang difikirkan wajar diajukan pada mesyuarat nanti.
  • PESENI juga akan berbincang mengenai pengangkutan untuk membawa lukisan dari KB ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. NYDP mencadangkan agar Pos Malaysia juga dilibatkan di dalam penganjuran ini bagi tujuan penghantaran yang lebih selamat.
  • PESENI juga akan mewujudkan satu Jawatankuasa Pemilihan bertujuan untuk memilih karya yang layak untuk dipamerkan nanti. Diharap ahli bersedia dengan karya yang terbaik mereka.
  • PESENI juga akan menetapkan tarikh akhir karya yang perlu disiapkan agar perkara-perkara pengurusan selanjutkan dapat dilakukan dengan lebih teratur. Karya2 nanti akan diletakkan di satu tempat pengumpulan kerana sesi forografi akan dilakukan bagi tujuan mengkatalog setiap karya yang telah dipilih.
  • PESENI mengharapkan ahli bersiap-sedia dengan karya masing-masing sebelum dipanggil untuk menilai setiap karya tersebut.
PESENI telah mendapat maklum balas dari MediaBiz SDN BHD mengenai tarikh perjumpaan itu, dan mereka pada dasarnya telah dimaklumkan lokasi perjumpaan iaitu di Heritage Art Gallery.
Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada SU atau NSU dan diharapkan AJK dapat menghadirkan diri pada mesyuarat khas iaitu pada hari Jumaat (6hb Nov 2009). Harap maklum!

PESENI menuju puncak.