Sunday, November 15, 2009

Pertemuan pertama PESENI & Mediabiz


Pada 14hb November 2009 merupakan detik bersejarah kepada PESENI dan pastinya memberikan suatu nafas baru kepada pelukis-pelukis negeri Kelantan yang begitu dahagakan perubahan. Apa tidaknya PESENI hanya bersandarkan beberapa aktiviti tahunan di dalam negeri sedangkan jauh disudut hati pelukis untuk mengembangkan lagi bakat mereka bukan hanya di Kelantan malah di seluruh Malaysia, dan tidak mustahil terbang jauh ke US sepertimana yang digambarkan. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan~terima kasih kepada Pak Zawi di atas usaha beliau mendapatkan lokasi tersebut.
Syukur Alhamdulillah, rombongan Puteri Kamaliah dan Mediabiz tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Rombongan dibawa bersarapan di sebuah restoran berhadapan dengan salah satu bangunan warisan di Kelantan iaitu Masjid Muhammadi iaitu masjid yang dibina sekitar tahun 1819.
Mesyuarat bermula pada pukul 10.30 pagi dengan jayanya. Saudara Hisham dengan yakin telah membentangkan kertas kerja yang telah disediakan di hadapan ahli-ahli PESENI yang hadir pada hari tu. Persembahan yang amat memberangsangkan dan beberapa persetujuan telah dibuat pada perjumpaan tersebut.

Mesyuarat berlangsung selama hampir 2 jam setengah dan rombongan di jamu dengan makan tengahari di restoran Cikgu Hamid di Perkampungan Kraftangan. Restoran ini cukup terkenal dengan masalah pelbagai jenis ikan keli dan ulam-ulaman. Nampaknya berselera mereka menikmati makan tengahari ala kampung.
Rombongan kemudian singgah sebentar di rumah Ismail Kadir antara pelukis terkenal di negeri Kelantan. Seterusnya rombongan bertolak ke Pasir Mas iaitu ke Heritage Villa, ke rumah Deen. Setelah berehat seketika di Heritage Villa, rombongan bertolak ke Kota Bharu dan tidak sah kalau tidak ke Pasar Buluh Kubu. Bagi peluang kat mereka..ehhe..seterusnya rombongan dihantar ke lapangan terbang untuk memulakan suatu perjalanan yang penuh harapan dari kami PESENI dan mudah-mudahan Mediabiz dan PESENI akan terus menjalinkan kerjasama pada masa-masa akan datang. Amin!

1 comment:

  1. Deen,
    Terima kasih atas lapuran. Kalau boleh masukkan sikit intipati keputusan awal mengenai perancangan untuk mengadakan pameran di Kuala lumpur pada bulan April 2010 selepas Pameran di Hari keputeraan AlSultan kelantan pada hujung March 2010. Ramai peminat senilukis sedang menunggu pameran ini kerana ianya dijangka dilakukan lebih awal lagi iaitu dalam bulan November 2009.

    ReplyDelete