Monday, July 20, 2009

Pengenalan PESENI Kelantan

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) selepas ini disebut "Pertubuhan".








Matlamat/Tujuan:
  • Untuk mengembangkan kemajuan seni tampak yang merangkumi seni lukis, seni foto, senicetak, arca dan lain-lain.
  • Menggalakkan ahli-ahli menyertai segala kegiatan yang memberi faedah kepada ahli-ahli pertubuhan dan masyarakat.
  • Manasihat dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan atau piahk-pihak swasta dalam perkara yang berhubung dengan kepentingan seni tampak.
  • menarik perhatian masyarakat seluas-luasnya terhadap usaha dan peranan pertubuhan.
  • Memelihara dan menjaga kebajikan ahli-ahli dari segi rohani dan jasmani.
  • Menanam semangat kasih sayang dan taat setia kepada bangsa dan negara.
  • Berusaha dengan apacara yang halal dari segi undang-undang dan Perlambagaan negara untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.
  • Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan untuk tujuan memajukan pertubuhan ini.

1 comment:

  1. PESENI pasti akan dikenali oleh seluruh rakyat Kelantan. Kesungguhan PESENI dapat memartabatkan seni dan warisan rakyat Kelantan. Syabas!

    ReplyDelete