Sunday, July 26, 2009

PESENI menuju transformasi

PESENI sejak beberapa dekad yang lalu berpersatuan tanpa lokasi yang khusus. Sebaliknya mesyuarat persatuan telah diadakan di rumah-rumah ahli. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, pada mesyuarat 25 Julai 2009, Exco Kebudayaan telah berjanji menyediakan sebuah bangunan untuk PESENI dan sekaligus menjadi Balai Seni Lukis Kelantan. Jika benar bagai dikata, PESENI selepas ini akan lebih mantap dan benar-benar menuju transformasi. Bayangkan sebelumnya tidak ada satu pun lokasi khusus PESENI bagi tujuan berpersatuan, apatah lagi lokasi tetap untuk mempamerkan lukisan-lukisan ahli. Em..PESENI boleh tersenyum lebar. Apapun ahli-ahli PESENI perlu lebih berusaha dari aspek rohani dan jasmani kerana PESENI sekarang bukan lagi PESENI yang dulu. Harapan kita PESENI akan dikenali bukan sahaja di Kelantan, malah seluruh Malaysia dan pastinya di seluruh dunia. Dengan karya-karya PESENI bertaraf dunia, tidak mustahil PESENI akan dikenali oleh peminat-peminat seni lukis seluruh dunia. Pastinya negeri Kelantan akan menjadi pusat seni lukis negara dan bandar Kota Bharu terserlah sebagai bandar budaya. Sama-samalah kita jayakannya!

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Bangunan ini cukup sesuai kerana kedudukannya berdekatan dengan Tourist Information Center Kelantan dan Muzium Kelantan. Lokasinya amat mennyerlah dan mudah dicari.
    Saya masih ingat masa bangunan ini digunakan oleh KESEDAR kerana dibangunan inilah saya mula bertugas dengan Kesedar sebelum berpindah ke Gua Musang.

    ReplyDelete
  2. Oh..ye ker..ada sejarahnya bangunan nie. Dato yg bagi tahu, harap2 dapat ler..kalu dpt ader ler tempat berkarya ahli2 PESENI..tidaklah seperti dipinggirkan masyarakat.

    Deen

    ReplyDelete