Tuesday, November 3, 2009

PESENI Ke Kuala Lumpur

PESENI telah pun bermesyuarat di kalangan AJK iaitu YDP, NYDP, SU dan NSU berkaitan dengan pameran lukisan yang akan dijalankan pada awal tahun hadapan. Perjumpaan tersebut telah di adakan di rumah NYDP. Pada perjumpaan itu juga Pak Zawi (kini ahli PESENI) merupakan antara individu yang mendapat maklumat awal berkaitan dengan pameran tersebut. Proposal yang disediakan oleh MediaBiz Sdn Bhd selaku syarikat yang menguruskan pameran tersebut telah pun dibentangkan di hadapan AJK dan beberapa perkara telah diputuskan. Antaranya:
  • PESENI bersetuju untuk bertemu dengan wakil penaja pada 14hb November 2009 (Sabtu). Lokasi perbincangan belum diputuskan, dan NSU iaitu Mazeri @ Deen akan mencadangkan lokasi itu diadakan di Heritage Art Gallery di Pasir Mas. Usul ini akan diajukan pada mesyuarat khas PESENI pada 7hb Nov ini iaitu pada hari Jumaat.
  • Tempoh masa pameran dicadangkan selama 3 hari. Peseni berpendapat tempoh tersebut terlalu singkat dan PESENI akan memaklumkan bahawa pihak pengurusan memanjangkan tenpoh tersebut kepada seminggu.
  • PESENI pada dasarnya bersetuju dengan pembahagian pendapatan hasil pameran itu nanti iaitu 60% kepada PESENI dan 40% kepada pihak pengurusan.
  • Satu badan kebajikan perlu dilibatkan di dalam pameran sebagai sebahagian daripada kerja amal PESENI. Jadi AJK akan menentukan mana-mana badan amal yang difikirkan wajar diajukan pada mesyuarat nanti.
  • PESENI juga akan berbincang mengenai pengangkutan untuk membawa lukisan dari KB ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. NYDP mencadangkan agar Pos Malaysia juga dilibatkan di dalam penganjuran ini bagi tujuan penghantaran yang lebih selamat.
  • PESENI juga akan mewujudkan satu Jawatankuasa Pemilihan bertujuan untuk memilih karya yang layak untuk dipamerkan nanti. Diharap ahli bersedia dengan karya yang terbaik mereka.
  • PESENI juga akan menetapkan tarikh akhir karya yang perlu disiapkan agar perkara-perkara pengurusan selanjutkan dapat dilakukan dengan lebih teratur. Karya2 nanti akan diletakkan di satu tempat pengumpulan kerana sesi forografi akan dilakukan bagi tujuan mengkatalog setiap karya yang telah dipilih.
  • PESENI mengharapkan ahli bersiap-sedia dengan karya masing-masing sebelum dipanggil untuk menilai setiap karya tersebut.
PESENI telah mendapat maklum balas dari MediaBiz SDN BHD mengenai tarikh perjumpaan itu, dan mereka pada dasarnya telah dimaklumkan lokasi perjumpaan iaitu di Heritage Art Gallery.
Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada SU atau NSU dan diharapkan AJK dapat menghadirkan diri pada mesyuarat khas iaitu pada hari Jumaat (6hb Nov 2009). Harap maklum!

PESENI menuju puncak.

1 comment:

  1. Deen,
    Jika semua dipersetujui, persembahan oleh Media Blitz KL akan dibuat pada jam 10.00 pagi 14 Nov 2009 di bilik mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan. Pengurus Besar MTPKN telah besetuju bilik mesyuarat itu digunakan oleh PESENI. Kini kita tunggu persetujuan oleh pihak Media Blitz. Makan tengahari telah saya book di Restoran Chegu Hamid Kampong Kraftangan.

    ReplyDelete